ALLAHHUAKBAR!!!
Tanpa sedar masa berlalu terlalu pantas...xsampai 10 hari umur anak encik
arifin ni akan mencecah 23 tahun...kepada my lovely mama terima kasih kerana
bersusah payah membesarkan anak yang degil ini walaupun masa kita bersama Cuma seketika
tapi aku tetap bersyukur kepada ALLAH sebab aku tetap punyai peluang untuk
bersama insan yang melahirkan aku walaupun hanya untuk tempoh 17tahun..sungguh
ENGKAU menguji aku di saat aku amat memerlukan kekuatan... ENGKAU maha perancang
segalanya dan sungguh aku bersyukur atas dugaan ini kerana aku insan yang
bertuah kerana dipilih oleh ALLAH menjalani ujian segetir ini.
Ketika hidup aku dilanda badai dan taufan ENGKAU beri aku ruang
dan kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi segala liku sehingga kini aku
menjadi insan berjiwa kental meskipun di kala sepi aku sering
menangis...menangis bukan kerana aku kalah tapi aku sedang kumpul kekuatan
untuk menjadi lebih kuat...sungguh ALLAH menciptakan wanita adalah yang
sebaik-baiknya kerana punyai hati selembut sutera walaupun luaran nya sangat
keras..
Kini aku sudah boleh hidup sendirian walaupun adakalanya hati
ini sangat kosong tanpa kasih sayang dari manusia tapi aku ttp bersyukur sbb
ALLAH bagi aku berada jauh dr keluarga untuk beri aku ruang membina diri,
memberi aku ruang untuk diri aku dan aku bersyukur di kala aku berada di utara
ni famly aku xpyh r penat2 fikir nk letak aku kt mana..huhu masalah yang
sentiasa aku alami bila balik rumah..sangat penat hadapi situasi ini untuk
tempoh 5 tahun lebih ni tapi 2la
realitinya hidup aku..
Terlalu banyak hati yang perlu aku jaga...
Sungguh kekadang diri ini terlalu amat penat untuk lalui semua
ini tapi ada ke pilihan lain??? Apa pun aku tetap sayang mereka-mereka semua
jauh di sudut hati....ayah, sungguh terlalu banyak jurang antara kita dan masa
yang berlalu semakin menjauhkan kita tapi aku tetap bersyukur dan semakin faham situasi ayah...apa pun nora
ttp sayang ayah dunia akhirat sbb ayah jela yang nora ade sekarang......semoga
kasih sayang keluarga kita akn tetap kukuh INSYAALLAH.....
KEPADA MY LOVELY FAMILY : Terima kasih kerana sanggup bersusah payah untuk cik
sue...terima kasih kerana sudi melayan kerenah diri ini yang kekadang di luar
jangkaan...ayah : terima kasih untuk kasih sayang yg xpernah ditunjukkan itu
tapi nora ttp faham....mama: semoga tenang di sana, nora akan sentiasa doakan
mama...
KEPADA SAHABAT-SAHABAT : TERIMA KASIH kerana sudi bersahabat
dengan aku semoga ukhwah yang terbina akan kekal selamanya...aku sayang korang
macam adik beradik aku...maafkan aku andai perbuatan dan bicara aku melukan korang....sungguh aku
xmampu lari dari melakukan silap....good luck utk exam semoga kejayaan milik
kita semua....tahun terakhir kita di bumi sintok ni semoga memberi detik yang
best utk semua....
KEPADA INSAN YANG MENGHANCURKAN HATI INI : TERIMA KASIH atas
segala pengalaman yang diberi...sesungguhnya kalian menjadikan aku insan yang
lebih kuat...dan semoga suatu hari kelak ALLAH akan mengurniakan jalan dan
petunjuk untuk kalian...
>air mata yang keluar dikala entri ini ditulis mmbuat aku
mampu melepaskan segala tekanan....NORA jwp exam elok2..jgn putus asa semoga
akan ada akhir yang indah INSYAALLAH...<