Kekadang manusia ni ada macam-macam ragam dan perbezaan yang
pasti,
Ada yang hidup umpama lalang yang beralun mengikut angin tetap
teguh disitu walau dipukul angin,
Ada yang umpama pantai sering berubah andai dilanda badai,
Ada yang hatinya sekeras batu tapi bukan kerana keinginan tetapi
desakan hidup menjadikan dia seperti itu,
Ada yang hati dan sifat selembut sutera yang punyai kelembutan
yang akan memukau semua yang melihat dan menyentuhnya,
Tapi dengan kepelbagaian itulah menjadikan setiap manusia itu
unik kerana kekurangan dan kelebihan yang ada itulah yang melengkapi sesama
kita..
Tanpa adam tidak mungkin muncul hawa,
Tanpa tanah kemana rumput ingin bergantung hidup,
Tanpa oksigen dan nikmat nyawa dari ALLAH mana mungkin manusia
mampu hidup,
Itulah keindahan setiap ciptaan MAHA PENCIPTA yang sangat cantik
kejadiannya..
Oleh itu wajar bukan kita bersyukur nikmat dan kekurangan yang
ada,
Kerana inilah yang melengkapi hidup kita...
p/s :::>> yang mencorakkan kehidupan kita adalah kita sendiri kerana ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha merubahnya..
p/s :::>> yang mencorakkan kehidupan kita adalah kita sendiri kerana ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha merubahnya..
No comments:
Post a Comment