Wednesday, 19 December 2012

Luahan Hati Saya saaT Ini...


ALLAHHUAKBAR!!!

Tanpa sedar masa berlalu terlalu pantas...xsampai 10 hari umur anak encik arifin ni akan mencecah 23 tahun...kepada my lovely mama terima kasih kerana bersusah payah membesarkan anak yang degil ini walaupun masa kita bersama Cuma seketika tapi aku tetap bersyukur kepada ALLAH sebab aku tetap punyai peluang untuk bersama insan yang melahirkan aku walaupun hanya untuk tempoh 17tahun..sungguh ENGKAU menguji aku di saat aku amat memerlukan kekuatan... ENGKAU maha perancang segalanya dan sungguh aku bersyukur atas dugaan ini kerana aku insan yang bertuah kerana dipilih oleh ALLAH menjalani ujian segetir ini.

Ketika hidup aku dilanda badai dan taufan ENGKAU beri aku ruang dan kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi segala liku sehingga kini aku menjadi insan berjiwa kental meskipun di kala sepi aku sering menangis...menangis bukan kerana aku kalah tapi aku sedang kumpul kekuatan untuk menjadi lebih kuat...sungguh ALLAH menciptakan wanita adalah yang sebaik-baiknya kerana punyai hati selembut sutera walaupun luaran nya sangat keras..

Kini aku sudah boleh hidup sendirian walaupun adakalanya hati ini sangat kosong tanpa kasih sayang dari manusia tapi aku ttp bersyukur sbb ALLAH bagi aku berada jauh dr keluarga untuk beri aku ruang membina diri, memberi aku ruang untuk diri aku dan aku bersyukur di kala aku berada di utara ni famly aku xpyh r penat2 fikir nk letak aku kt mana..huhu masalah yang sentiasa aku alami bila balik rumah..sangat penat hadapi situasi ini untuk tempoh  5 tahun lebih ni tapi 2la realitinya hidup aku..
Terlalu banyak hati yang perlu aku jaga...

Sungguh kekadang diri ini terlalu amat penat untuk lalui semua ini tapi ada ke pilihan lain??? Apa pun aku tetap sayang mereka-mereka semua jauh di sudut hati....ayah, sungguh terlalu banyak jurang antara kita dan masa yang berlalu semakin menjauhkan kita tapi aku tetap bersyukur  dan semakin faham situasi ayah...apa pun nora ttp sayang ayah dunia akhirat sbb ayah jela yang nora ade sekarang......semoga kasih sayang keluarga kita akn tetap kukuh INSYAALLAH.....

KEPADA MY LOVELY FAMILY : Terima kasih kerana sanggup bersusah payah untuk cik sue...terima kasih kerana sudi melayan kerenah diri ini yang kekadang di luar jangkaan...ayah : terima kasih untuk kasih sayang yg xpernah ditunjukkan itu tapi nora ttp faham....mama: semoga tenang di sana, nora akan sentiasa doakan mama...

KEPADA SAHABAT-SAHABAT : TERIMA KASIH kerana sudi bersahabat dengan aku semoga ukhwah yang terbina akan kekal selamanya...aku sayang korang macam adik beradik aku...maafkan aku andai perbuatan  dan bicara aku melukan korang....sungguh aku xmampu lari dari melakukan silap....good luck utk exam semoga kejayaan milik kita semua....tahun terakhir kita di bumi sintok ni semoga memberi detik yang best utk semua....

KEPADA INSAN YANG MENGHANCURKAN HATI INI : TERIMA KASIH atas segala pengalaman yang diberi...sesungguhnya kalian menjadikan aku insan yang lebih kuat...dan semoga suatu hari kelak ALLAH akan mengurniakan jalan dan petunjuk untuk kalian...



>air mata yang keluar dikala entri ini ditulis mmbuat aku mampu melepaskan segala tekanan....NORA jwp exam elok2..jgn putus asa semoga akan ada akhir yang indah INSYAALLAH...<


No comments:

Post a Comment