Sesungguhnya solat itu Tiang Agama...
5 ANUGERAH KEPADA ORANG YANG MENJAGA SOLATNYA
Adalah disebutkan di dalam hadis bahawa Allah SWT menganugerahkan lima kurnia ke atas orang yang menjaga solatnya, iaitu:
1)Dipermudahkan rezeki.
2)Diselamatkan daripada azab kubur.
3)Menerima buku amalan dengan tangan kanannya pada hari kiamat.
4)Dapat melintas titian sirat pantas seperti kilat.
5)Masuk syurga tanpa hisab.
5 AZAB BAGI ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT
Bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat, dia akan menerima lima
jenis azab di dunia iaitu tiga semasa mati, tiga di dalam kubur dan tiga
lagi selepas kebangkitan.
Azab di dunia ini adalah :
1)Tidak dirahmati dalam kehidupan.
2)Kehilangan nur pada wajahnya (muka orang-orang yang soleh penuh dengan nur).
3)Tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
4)Doa-doa tidak di makbulkan.
5)Tidak mendapat bahagian dalam doa-doa orang yang soleh.
Azab semasa dia hendak mati pula adalah :
1)Mati dalam keadaan aib.
2)Mati kelaparan.
3)Mati dalam keadaan dahaga hinggakan air dalam laut di dunia ini tak dapat 4)menghilangkan hausnya.
Azab di dalam kubur bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat :
1)Dihimpit oleh kuburnya sendiri se hingga tulang-tulang rusuknya saling berselisihan
2)Api menyala di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya pada siang dan malam.
3)Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang sama
dengan perjalanan sebulan dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik
seumpama bunyi guruh suaranya,“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya
memukul kamu sehingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan
solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga
matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga
maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isyak, kerana
melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya
sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh
puluh hasta ke dalam bumi.
Azab selepas kebangkitan bagi orang yang meninggalkan solat pula ialah :
1)Hisabnya keras sekali (disulitkan).
2)Allah s.w.t. murka padanya.
3)Dicampakkan ke dalam api neraka.
Menurut satu hadis , bagi orang yang meninggalkan solat, akan tertulis tiga baris ayat yang berikut pada dahinya :
Wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah.
Wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah.
Kini sesallah kerana kemu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah.
p/s : sebagai peringatan untuk diri ini yang sedang berusaha memperbaiki diri dan utk sahabat2 sekalian....
moga dipermudah segalanya....Insyaallah..
No comments:
Post a Comment