Sunday, 13 May 2012

TaNpA sedAR (^_^)

Sayang manusia sering bermusim..
Sayang Tuhan janjinya pasti......

Dalam mencari erti hidup kadang-kadang kita terleka..mencari kesempurnaan yang bukan milik kita..tanpa disedari kekadang kita tersasar dari landasan...

Tanpa kita sedar  jalan hidup yang harus dilalui setiap orang adalah berbeza,

Ada insan yang bernasib baik....jalan hidupnya seperti highway..lurus tanpa jalan yang sulit,
Namun mereka tetap cenderung untuk kemalangan apabila melalui jalan yang terlalu selesa yang akhirnya memakan diri sendiri tanpa sedar.

Ada juga insan yang jalan hidupnya penuh liku, perlu lalui denai yang becak, jalan yang berliku-liku sehingga tidak dapat melihat jalan yang lurus di hadapan..
Namun kekadang insan seperti ini mereka lebih menghargai hidup kerana mereka percaya bahawa setiap  keperitan dan kesukaran yang dialami pasti ada jalan yang baik dihadapan yang mereka sendiri tidak menyedari kewujudannya.

Sebab itulah boleh dikatakan...
Hidup ni bukan sekadar ibarat roda..
Tapi seperti sebuah perjalanan yang sangat jauh dan memenatkan..
Ibarat melalui sebuah jalan yang gelap..
Untuk sampai ke destinasi terakhir kita perlu kuatkan semangat dan terus berusaha walaupun jalan itu sangat gelap dan berliku..
Dan sudah pasti kita perlukan lampu suluh untuk menyinari jalan itu agar kita tidak terus terjatuh  ke lembah atau cerun yang boleh membunuh...
SETIAP ORG MEMERLUKAN CAHAYA YANG MAMPU MENYINARI HIDUP MEREKA DARI KEGELAPAN.



No comments:

Post a Comment