Aku Hanya Wanita Biasa,
Tampak Sempurna Di Luarannya,
Namun Hakikat Masih
Memerlukan Seseorang,
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku..
Dan Buat Adam Yang
Bakal Menjadi Pendampingku Kelak,
Ketahuilah Bahawasanya,
Aku Takkan Selamanya Nampak
Muda Dan Menarik,
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia,
Tua itu pasti menjangkau
tiba..
Buat dia bakal menjadi raja
di hati,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Kadangkala Ada Waktu,
Saat kerja menghambat
waktu,
Aku mungkin terlalai seketika,
Maafkanlah aku,
Apabila aku alpa dengan duniawi,
Maka tegur dan bimbinglah
aku..
Buat Dia Bakal Imamku,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Aku Mohon Sokongan dan Bimbingan,
Aku Mohon Pemahaman dan
Pengertian,
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung,
Aku Mohon Kekuatan
Meneruskan Liku-Liku Kehidupan,
Bimbinglah Aku, Ajarlah
Aku..
Fahamkan Aku Supaya Aku
Tahu,
Redhakanlah Hatimu Menerima
Segala Kekuranganku,
Kerana Aku Hanya Wanita
Biasa..
![]() |
saya tak mengharapkan kesempurnaan dari awk.. tp cukuplah sekadar dirimu mampu menyempurnakan hidupku... |
![]() |
semoga bahagia itu milik kita kelak....INSYAALLAH |
No comments:
Post a Comment