Monday, 18 June 2012

mencari siapa diri ini.


MASIH MENCARI-CARI SIAPA DIRI INI

Kehidupan yang kita lalui hanyalah suatu persinggahan,
Yang kita sendiri tidak tahu bila penghujung,
Kepada perjalanan yang panjang ini,
Di saat umur remaja mulai meninggalkan kita,
Kita akan mulai sedar akan tanggungjawab,
Mulai sedar akan hakikat kehidupan.
Mulai mengenal erti perit dalam hidup,
Terlalu berat rasanya menanggung semua perasaan itu,

SEMOGA ADA BAHAGIA UNTUK KITA KELAK
Apabila umur melangkah ke angka 20-an
Kita akan mulai memikirkan sesuatu yang tidak pernah dipersoal dahulu,
Mula memikirkan ke mana arah tuju selepas ini
Mula memikirkan siapakah bakal imam yang akan berada di hati
Mula berfikir mengenai kehidupan yang bahagia

TAPI sebelum semua itu berlaku
Masih terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi
Masih terlalu banyak liku-liku hidup yang perlu dilalui
Sehingga masa yang ditetapkan oleh ALLAH tiba...

Di  saat itulah baru kita sedar dan tahu apa yang terjadi,
Semoga selepas ini akan muncul mimpi-mimpi indah dalam hidup kita,
Tiada lagi derita atau sengsara
Sesungguhnya setiap ujian yang diberikan membuatkan kita sedar
Akan hakikat sebuah kehidupan..
Semoga hati ini akan terus tabah menghadapi setiap dugaan.

Dan tetap :
      SENYUM DALAM DUKA
      KETAWA BIARPUN SAKIT
      TENANG DALAM SEDIH



DAN KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN
BERJUANGLAH MENGECAPI KEBAHAGIAAN
JANGAN BIARKAN DIRIMU TERLUKA LAGI
KERANA INSAN BERNAMA LELAKI

BIARLAH CINTA ITU DATANG SELEPAS KITA MENDAPAT CINTA-NYA
CINTAKAN BUNGA, BUNGA AKAN LAYU,
CINTAKAN MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,
CINTAKAN ALLAH KEKAL ABADI ABADAN ABADA.



P/S : DURRAH FATIHAH & LISA ZALISA NANTI KAWIN JEMPUT TAU (^_^)

2 comments:

  1. amboih.. kemain lg.. hehe.. insyaAllah da sampai jodoh aku nnti.. aku jmput... hehe
    ko pon sama.. jgn lupe jmput.. hehe

    ReplyDelete