Thursday, 21 June 2018

CERITERA RAYA AIDILFITRI 2018


210618 – Hari ke – 7 bulan Syawal ( Ceritera Raya Aidilfitri 2018)

 Berlalu sudah Ramadhan, Alhamdulilah dipermudahkan semua urusan sepanjang bulan Ramadhan. Cuma yang membuat hati sentiasa terkilan impian raya yang entah bila akan tercapai…ermmm

Apa pun sentiasa bersyukur dan positif, walaupun malam raya tu hanya Allah yang tahu bicara hati saat itu. Tak dapat untuk diekspresi apa yang di rasa tika itu. Tapi apa pun bila balik ke rumah tercinta a.k.a HOME SWEET SOUR HOME, sedikit terubat rasa di hati walaupun semua yang berada disekeliling itu sudah tidak seperti dulu. Sesungguhnya rasa rindu suasana dan kenangan dulu-dulu dapatlah di ubat walau secebis.

Aktiviti biasa apabila pulang ke sana sudah pasti menziarah ibu bapa, Alhamdulilah dapat juga ziarah walaupun sekejap, cukup buat hati ini tenang. Rindu yang xdapat diluah dengan kata-kata 
(Semoga Allah merahmati mereka di sana).

Tahun 2018 ni genap tahun ke -11 insan bergelar ibu pergi kepada pencipta-NYA, dan tahun ke-5 insan bergelar bapa pergi kepada pencipta-NYA. Dan sesungguhnya selepas Insan bergelar bapa itu sudah tiada maka bermulah episod aku untuk berbuka puasa seorang sahaja bersama cik Laptop yang sangat setia. Tiada lagi aktiviti berbuka beramai-ramai, bangun sahur beramai-ramai. Allah sungguh aku rindu setiap saat yang berlaku saat itu yang mungkin pada ketika tu aku xhargai pun detik yang terjadi. Sungguh setiap kali Ramadhan menjelma hati ini dikoyak bak tisu, pedih tiada yang tahu. Perginya mereka keduanya pada bulan Ramadhan :’(

Impian raya yang sudah lama diimpikan belum tercapai dan entah bila akan dapat digapai. Apa impian tu sebenarnya. Huhuhu impian yang normal je sebenarnya, the real raya macam dulu2, berkumpul semua adik beradik anak sedara di malam raya pagi raya. Tapi entahlah :’(

Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan kebahagian serta dipermudahkan semua urusan untuk seluruh ahli keluarga  dan mungkin impian raya tu dapat tercapai, InsyaAllah.
Dan semoga tahun depan tak raya sorang lagi. huhu

Semoga dipermudahkan langkah seterusnya.
Keep  Fighting !!
Keep Positive !!
Follow the flow.
Allah pasti hadirkan setiap detik dalam setiap episod tepat pada masanya.
InsyaAllah. 
Amin.


No comments:

Post a Comment