2018, pantas masa berlalu, tup-tup dah masuk 14 Januari 2018. Sungguh masa amat mencemburui kita.
Sejak setahun dua ni aku perasan yang aku dah kurang meluah rasa, mengekpresi diri melalui tulisan, kekerapan menulis tu dah xselincah tahun-tahun lalu, adakah sebab hati ini tidak seperti dulu atau terlalu banyak aktiviti (banyak ke? balik kerja g kerja, layan korea. Tido) .
Tapi mungkin ini dikatakan rentak kehidupan yang seiring dengan pertambahan usia yang semakin menginjak ke dekad yang ketiga, Alhamdulilah dipanjangkan usia oleh-NYA. Boleh dikatakan apabila usia dah masuk ke dekad ketiga ni emosi semakin mampu dikawal dan mungkin kematangan itu semakin terserlah (huhauhuahua) .
Dan seiring dengan usia yang semakin ++ ini, sudah pasti persoalan berkenaan suri hati menjadi pertanyaan yang bukan asing, malah anak sedara yang sekolah rendah pon buleh tanya aku soalan ini, huahuahua betapa nya. Tapi apakah daya apabila berbicara soal ajal, rezeki dan jodoh siapa kita untuk membuat ramalan, semuanya sudah tertulis dan jika sudah sampai masanya ia akan tiba di masa dan ketika yang tepat. Dan sudah pasti hati ini seolah semakin tepu dengan yang dikatakan suri hati itu, Ntah... mungkin dia tidak akan muncul, dan kalau ada pon ntah nampak macam dialah orangnya, tapi ada ketika aku penat dan malas rasanya untuk berusaha apabila yang di sana juga tiada kata yang diucap untuk ke peringkat seterusnya atau aku je sebenarnya yang berfikir ke arah itu, entah.. ia adalah persoalan yang tiada siapa dapat mengungkap bicara mengenainya. (fuhhhh ayat !!)
Ok, berbalik kepada tahun 2017 yang semakin jauh meninggalkan kita, bukan sebab aku tidak "move on" tapi hanya mengekpresi bicara tanpa suara ini untuk tatapan aku masa hadapan. huhuhua
Sebenarnya xbanyak pon perkara yang terjadi sepanjang 2017, boleh dikatakan kehidupan aku lancar sahaja sepanjang 2017 ( Alhamdulilah) bukanlah terlalu lancar tapi boleh dikatakan Allah permudahkan langkah aku, ada sikit-sikit tersadung tu lumrah la kan.
Antara tempat best yang sempat pergi sepanjang 2017 :
![]() |
Pemandangan Bandung dari atas sebelum mendarat |
![]() |
Kawah Putih Bandung, Indonesia |
![]() |
Cameron Highland |
![]() |
Pulau Redang |
![]() |
Pulau Redang |
Sudah pasti aktiviti di masa lapang aku sepanjang 2017 yang lalu
ialah melayan citer korea yang menjadi kegilaan sejak zaman uni lagi, tidak la terlalu obses cuma ini antara cara aku menghabiskan masa dan melupakan segala masalah. Antara list drama yang melekat di hati untuk ditamatkan episodnya :
Goblin
Missing Nine
Introverted Boss
Strong Women, Do Bong Soon
The liar and his lover
My secret romance
My only love, song
Strongest Deliveryman
Reunited World
School 2017
Father is Strange
Seven day queen
Reunited world
Suspicious Partner
Ruler: Master of mask
Fight for my way
The Package
Go Back couple
While you were sleeping
All kinds of daughter in law
Hospital ship
Age of youth 2
Andante
still running 2018 :
Bravo my life
Happy sisters
Black Knight
Doubtful victory
Two cops
The Jugglers
My first love
Semoga tahun 2018 aku akan lebih semangat untuk menulis entri untuk tatapan aku sendiri la.
Andai ia sebuah perjalanan yang mudah, sudah pasti semua orang akan berada di puncak
Andai ia perjalanan yang perit, mungkin tiada orang yang mampu berada di atas
setiap perjalanan punya cerita sendiri,
ada yang laluinya tanpa sebarang cabaran,
ada yang lalui dengan perit lelah dan akhirnya berjaya
Jangan sesekali samakan jalan cerita kita dengan yang lain.
Jalan kita berbeza, pengakhiran kita juga berbeza,
Jangan kerana kita sudah berada di puncak kita perlekehkan yang masih dalam perjalanan kerana kita xmungkin ketahui sampai bila kita mampu berada di puncak.
Hargai dan syukuri setiap detik yang dilalui
dan semoga akan ada akhir yang indah. InsyaAllah.
10 Bucket List untuk 2018 :
1. Jadi Manusia yang lebih baik dari sebelum ni
2. Jadi lebih positif walau apa pun dugaan datang
3. Gembirakan semua orang
4.Travel ke Jepun
5. Family Day
6. Raya yang lebih bermakna
7. Beli baju Raya
8. Simpan duit banyak2
9. Kurus???
10. Kahwin ???- InsyaAllah
Akhir sekali, Semoga dipermudahkan semua urusan aku untuk tahun 2018 ini baik dari segi amalan, kerja dan kehidupan. InsyaAllah
FIGHTING !!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment