3/3/2019 bulan ke 3 untuk tahun 2019 baru aku berkesempatan
membuat coretan ini. Banyak hal yang terjadi untuk sepanjang tahun ini .
peristiwa gembira, sedih, patah hati. Ia seolah macam tiada penghujung sentiasa
berterusan perasaan yang tak best ni. Apa yang tak best untuk tahun lepas ialah bila
aku masih ulangi silap yang sama iaitu jumpa orang yang salah lagi. Huhuh
Hampir 3 bulan berlalu dan bagi aku ia seolah berlalu dengan
sia-sia. Tiada kisah menarik yang berlaku sepanjang tempoh ini. Dan malas nak
buat azam baru untuk tahun ni. Nampak x betapa kosong betul hidup aku. Huahuaa
Yup aku sedar dan positif setiap yang berlaku ada hikmah, akan
ada akhir yang indah, etc. (all positive vibe).
Tapi dalam percubaan aku untuk terus berusaha menjadi positif tu, jauh di sudut
hati aku, aku seolah penat, lelah, hilang sabar menanti hikmah dan keindahan
itu. Sepanjang tempoh ni semua benda sama sahaja dalam hidup aku. Bukan aku
tidak usaha tapi tiada jalan untuk aku membuat usaha itu. contoh macam aku nak tanam pokok, tapi aku tak ada anak pokok pun untuk usahakan. dah cari merata tapi menjumpai tu seolah mustahil. (fuhhhh)
Yess its about JODOH. Its
hard for me.
Di saat semua orang sudah mulai bertanya itu dan ini. Yesss 3 series sindrom already. Hahahha siapa
sangka aku akan lalui jalan ni. Itu laaa dulu yakin sangat. Hahhhhahahha mampu
ketawakan diri sendiri jela.
Aku tahu ia akan muncul pada waktu yang tepat. Dan hakikatnya
pun walaupun aku dah menjangkau 3 siri (ohhh
its hard tu accept the fact) Aku pun tidak yakin, mampukah aku? Bersediakah aku? Hahahhah
Harapan aku untuk tahun 2019 ni semoga yang manis-manis
sahaja yang akan muncul, baik dari sudut kerjaya, keluarga, diri aku sediri dan
semoga aku terus positif dan gembira !!!
My notes :
semoga akan ada akhir yang indah
semoga dipermudahkan langkah aku seterusnya
.....................................................................................
No comments:
Post a Comment