Sunday, 3 March 2019

MY NEW PASSION - THE JOURNEY 2018



Tadi dah ceritera sadis dan emosi sekarang kita masuk bab yang mengujakan sedikit.
Coretan ini aku taip untuk tatapan aku masa akan datang. Tempat best aku travel untuk tahun 2018 :

- BRUNEI DARUSSALAM  
-  GUILIN, GUANGZHAO CHINA

Lets start with Brunei !!!

Sebab utama pergi Brunei, sudah pasti sebab nak travel oversea juga dan nak tempat yang dekat je. Memandangkan Indonesia dah p dan untuk Vietnam atau Thailand ada kakak aku dah pernah p dan dia xberminat sangat nk p dalam masa terdekat, jadi pilihlah Brunei.

Bila cerita kat beberapa orang kawan pejabat nak ke Brunei ni ada beberapa yang pernah pergi dan katanya xda apa yang menarik dekat sana, sekadar masjid je etc. ok dari situ aku dah macam agak kacau la mood tapi masih teruja sebab nk pergi bercuti kan, xkisah la orang ckp apa kita sekadar nk release tension, kenal tempat dan budaya orang.

First step aku di Brunei boleh katakan aku jatuh cinta dengan persekitaran dia. Mungkin sebab aku ni jiwanya suka sesuatu yang tidak serabut. Bagi aku Brunei ni memang negara yang sangat tenang, cantik, orang di sana juga sangat kaya budi bahasa dan semestinya dia agak mahal sebab RM kita xcantik. Tapi makanan di Brunei sangat murah!


Saujana Mata Memandang

Makanan beli di Pasar

Sangat terpesona dengan rekaan masjid2 di sini

River Cruise


Seriously jika ada ruang dan peluang aku akan ke sana lagi. Ia satu ruang dan peluang untuk kau tenangkan jiwa dan shopping kain pun best !!
 ...........................................................................................................

Next Guilin - Guangzhou China

 Sebab apa pilih Guilin, sebabnya kalau Beijing, shanghai tu mcm biasa sangat. Kerana kita ni seorang yang sukakan alam semulajadi, ketenangan (++ membayangkan lokasi cerita kung fu) jadi pilihanya ialah Gulin dan Guangzhou.

Langkah pertama di Guilin dari dalam flight lagi aku dah teruja tengok gunung-ganang dia yang sangat saujana mata memandang. Sangat membuat aku jatuh cinta dengan ketenangan dia. Bagi aku Guilin memang antara daerah yang sangat nyaman dan bersih dengan gunung, sungai dia yang sangat terjaga dan kebanyakkan kenderaan di sini juga menggunakan elektrik.
Waktu malam dekat Guilin pun tidak kurang meriahnya memang syok jalan pusing masuk kedai untuk shopping dan sememangnya sangat murah.
sebelum landing dah nampak gunung-gunung



The Nature of Guilin


Night life in Guilin.

Metropolitan and Hectic City of Guangzhou. 

Guangzhou pula memang berbeza dengan Guilin sebab Guangzhou ni bandar besar yang sangat sibuk dan padat. The best part dekat Guangzhou bagi aku shopping dan makan jela dan aku di Guangzhou pun dalam dua hari satu malam je. Tengah malam kedua tu dah duk tercongok di airport tunggu flight pukul 12.30 Malam.
Bagi aku kedua-dua daerah di China ni ada kelebihan masing-masing dan paling terpahat di jiwa ni sudah pasti Guilin. Sangat tenang, sejuk dan segar (huhuhu ayat)

Ok next Destination???
semoga yang manis - manis sahaja untuk 2019.







JANUARI, FEBRUARI, MAC DAN SETERUSNYA…???



3/3/2019 bulan ke 3 untuk tahun 2019 baru aku berkesempatan membuat coretan ini. Banyak hal yang terjadi untuk sepanjang tahun ini . peristiwa gembira, sedih, patah hati. Ia seolah macam tiada penghujung sentiasa berterusan perasaan yang tak best ni.  Apa yang tak best untuk tahun lepas ialah bila aku masih ulangi silap yang sama iaitu jumpa orang yang salah lagi. Huhuh

Hampir 3 bulan berlalu dan bagi aku ia seolah berlalu dengan sia-sia. Tiada kisah menarik yang berlaku sepanjang tempoh ini. Dan malas nak buat azam baru untuk tahun ni. Nampak x betapa kosong betul hidup aku. Huahuaa

Yup aku sedar dan positif setiap yang berlaku ada hikmah, akan ada akhir yang indah, etc. (all positive vibe). Tapi dalam percubaan aku untuk terus berusaha menjadi positif tu, jauh di sudut hati aku, aku seolah penat, lelah, hilang sabar menanti hikmah dan keindahan itu. Sepanjang tempoh ni semua benda sama sahaja dalam hidup aku. Bukan aku tidak usaha tapi tiada jalan untuk aku membuat usaha itu. contoh macam aku nak tanam pokok, tapi aku tak ada anak pokok pun untuk usahakan. dah cari merata tapi menjumpai tu seolah mustahil. (fuhhhh)

Yess its about JODOH. Its hard for me.

Di saat semua orang sudah mulai bertanya itu dan ini. Yesss 3 series sindrom already. Hahahha siapa sangka aku akan lalui jalan ni. Itu laaa dulu yakin sangat. Hahhhhahahha mampu ketawakan diri sendiri jela.
Aku tahu ia akan muncul pada waktu yang tepat. Dan hakikatnya pun walaupun aku dah menjangkau 3 siri (ohhh its hard tu accept the fact) Aku pun tidak yakin,  mampukah aku? Bersediakah aku? Hahahhah

Harapan aku untuk tahun 2019 ni semoga yang manis-manis sahaja yang akan muncul, baik dari sudut kerjaya, keluarga, diri aku sediri dan semoga aku terus positif dan gembira !!!

My notes :
semoga akan ada akhir yang indah 
semoga dipermudahkan langkah aku seterusnya

.....................................................................................


Thursday, 21 June 2018

CERITERA RAYA AIDILFITRI 2018


210618 – Hari ke – 7 bulan Syawal ( Ceritera Raya Aidilfitri 2018)

 Berlalu sudah Ramadhan, Alhamdulilah dipermudahkan semua urusan sepanjang bulan Ramadhan. Cuma yang membuat hati sentiasa terkilan impian raya yang entah bila akan tercapai…ermmm

Apa pun sentiasa bersyukur dan positif, walaupun malam raya tu hanya Allah yang tahu bicara hati saat itu. Tak dapat untuk diekspresi apa yang di rasa tika itu. Tapi apa pun bila balik ke rumah tercinta a.k.a HOME SWEET SOUR HOME, sedikit terubat rasa di hati walaupun semua yang berada disekeliling itu sudah tidak seperti dulu. Sesungguhnya rasa rindu suasana dan kenangan dulu-dulu dapatlah di ubat walau secebis.

Aktiviti biasa apabila pulang ke sana sudah pasti menziarah ibu bapa, Alhamdulilah dapat juga ziarah walaupun sekejap, cukup buat hati ini tenang. Rindu yang xdapat diluah dengan kata-kata 
(Semoga Allah merahmati mereka di sana).

Tahun 2018 ni genap tahun ke -11 insan bergelar ibu pergi kepada pencipta-NYA, dan tahun ke-5 insan bergelar bapa pergi kepada pencipta-NYA. Dan sesungguhnya selepas Insan bergelar bapa itu sudah tiada maka bermulah episod aku untuk berbuka puasa seorang sahaja bersama cik Laptop yang sangat setia. Tiada lagi aktiviti berbuka beramai-ramai, bangun sahur beramai-ramai. Allah sungguh aku rindu setiap saat yang berlaku saat itu yang mungkin pada ketika tu aku xhargai pun detik yang terjadi. Sungguh setiap kali Ramadhan menjelma hati ini dikoyak bak tisu, pedih tiada yang tahu. Perginya mereka keduanya pada bulan Ramadhan :’(

Impian raya yang sudah lama diimpikan belum tercapai dan entah bila akan dapat digapai. Apa impian tu sebenarnya. Huhuhu impian yang normal je sebenarnya, the real raya macam dulu2, berkumpul semua adik beradik anak sedara di malam raya pagi raya. Tapi entahlah :’(

Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan kebahagian serta dipermudahkan semua urusan untuk seluruh ahli keluarga  dan mungkin impian raya tu dapat tercapai, InsyaAllah.
Dan semoga tahun depan tak raya sorang lagi. huhu

Semoga dipermudahkan langkah seterusnya.
Keep  Fighting !!
Keep Positive !!
Follow the flow.
Allah pasti hadirkan setiap detik dalam setiap episod tepat pada masanya.
InsyaAllah. 
Amin.


Sunday, 14 January 2018

"TROWBACK " 2017, PLANNING 2018



2018, pantas masa berlalu, tup-tup  dah masuk 14 Januari 2018. Sungguh masa amat mencemburui kita.

Sejak setahun dua ni aku perasan yang aku dah kurang meluah rasa, mengekpresi diri melalui tulisan, kekerapan menulis tu dah xselincah tahun-tahun lalu, adakah sebab hati ini tidak seperti dulu atau terlalu banyak aktiviti (banyak ke? balik kerja g kerja, layan korea. Tido) .

Tapi mungkin ini dikatakan rentak kehidupan yang seiring dengan pertambahan usia yang semakin menginjak ke dekad yang ketiga, Alhamdulilah dipanjangkan usia oleh-NYA. Boleh dikatakan apabila usia dah masuk ke dekad ketiga ni emosi semakin mampu dikawal dan mungkin kematangan itu semakin terserlah (huhauhuahua) .

Dan seiring dengan usia yang semakin ++ ini, sudah pasti persoalan berkenaan suri hati menjadi pertanyaan yang bukan asing, malah anak sedara yang sekolah rendah pon buleh tanya aku soalan ini, huahuahua betapa nya. Tapi apakah daya apabila berbicara soal ajal, rezeki dan jodoh siapa kita untuk membuat ramalan, semuanya sudah tertulis dan jika sudah sampai masanya ia akan tiba di masa dan ketika yang tepat. Dan sudah pasti hati ini seolah semakin tepu dengan yang dikatakan suri hati itu, Ntah... mungkin dia tidak akan muncul, dan kalau ada pon ntah nampak macam dialah orangnya, tapi ada ketika aku penat dan malas rasanya untuk berusaha apabila yang di sana juga tiada kata yang diucap untuk ke peringkat seterusnya atau aku je sebenarnya yang berfikir ke arah itu, entah.. ia adalah persoalan yang tiada siapa dapat mengungkap bicara mengenainya. (fuhhhh ayat !!)

Ok, berbalik kepada tahun 2017 yang semakin jauh meninggalkan kita, bukan sebab aku tidak "move on" tapi hanya mengekpresi bicara tanpa suara ini untuk tatapan aku masa hadapan. huhuhua
Sebenarnya xbanyak pon perkara yang terjadi sepanjang 2017, boleh dikatakan kehidupan aku lancar sahaja sepanjang 2017 ( Alhamdulilah) bukanlah terlalu lancar tapi boleh dikatakan Allah permudahkan langkah aku, ada sikit-sikit tersadung tu lumrah la kan.

Antara tempat best yang sempat pergi sepanjang 2017 : 
Pemandangan Bandung dari atas sebelum mendarat
Kawah Putih Bandung, Indonesia







Cameron Highland



Pulau Redang
Pulau Redang


Sudah pasti aktiviti di masa lapang aku sepanjang 2017 yang lalu
ialah melayan citer korea yang menjadi kegilaan sejak zaman uni lagi, tidak la terlalu obses cuma ini antara cara aku menghabiskan masa dan melupakan segala masalah. Antara list drama yang melekat di hati untuk ditamatkan episodnya :

Goblin
Missing Nine
Introverted Boss
Strong Women, Do Bong Soon
The liar and his lover
My secret romance
My only love, song
Strongest Deliveryman
Reunited World
School 2017
Father is Strange
Seven day queen
Reunited world
Suspicious Partner
Ruler: Master of mask
Fight for my way
The Package
Go Back couple
While you were sleeping
All kinds of daughter in law
Hospital ship
Age of youth 2
Andante

still running 2018 :
Bravo my life
Happy sisters
Black Knight
Doubtful victory
Two cops
The Jugglers
My first love

Semoga tahun 2018 aku akan lebih semangat untuk menulis entri untuk tatapan aku sendiri la.

Andai ia sebuah perjalanan yang mudah, sudah pasti semua orang akan berada di puncak 
Andai ia perjalanan yang perit, mungkin tiada orang yang mampu berada di atas 
setiap perjalanan punya cerita sendiri,
ada yang laluinya tanpa sebarang cabaran,
ada yang lalui dengan perit lelah dan akhirnya berjaya
Jangan sesekali samakan jalan cerita kita dengan yang lain.
Jalan kita berbeza, pengakhiran kita juga berbeza, 
Jangan kerana kita sudah berada di puncak kita perlekehkan yang masih dalam perjalanan kerana kita xmungkin ketahui sampai bila kita mampu berada di puncak.
Hargai dan syukuri setiap detik yang dilalui
dan semoga akan ada akhir yang indah. InsyaAllah.

10 Bucket List untuk 2018 :

1. Jadi Manusia yang lebih baik dari sebelum ni
2. Jadi lebih positif walau apa pun dugaan datang
3. Gembirakan semua orang
4.Travel ke Jepun
5.  Family Day
6. Raya yang lebih bermakna
7. Beli baju Raya
8. Simpan duit banyak2
9. Kurus???
10. Kahwin ???- InsyaAllah

Akhir sekali, Semoga dipermudahkan semua urusan aku untuk tahun 2018 ini baik dari segi amalan, kerja dan kehidupan. InsyaAllah

FIGHTING !!!!!!!!!!



Thursday, 4 January 2018

JANUARI 2018

JANUARI 2018

Alhamdulilah masih dipanjangkan usia melangkah ke tahun 2018.Byk kisah pahit, manis, gembira, sedih sepanjang tahun 2017 dan sudah pasti kenangan itu akan dibawa bersama ke tahun 2018.

Bukan sebab tidak “ move on”  tapi lebih kepada menghargai detik yang tidak akan berulang kembali. Alhamdulilah juga April 2017 lalu dapat jugak aku dipindahkan ke tempat kerja yang dekat dengan umah adik beradik. Dari satu sudut sebenarnya bagus la kan, tapi dari satu sudut juga sedih sebab hilang sudah kebebasan atau lebih pada kata “me time”.huhauhau ape pon semua sudah tertulis, ini jalan aku setakat ini. Apa pun masih merindukan suasana di tempat lama terutama ‘my makan buddies’. 

 Semoga terus dipermudahkan langkah aku seterusnya.Semoga tahun 2018 ni beri aku lebih semangat untuk terus berjuang !!! 

Keep fighting!

Keep positive!

Semoga dipermudahkan semuanya.  

Saturday, 7 January 2017

New Life - 2017


Hari ini 7 JANUARI 2017  (07/01/2017).

Alhamdulilah setelah hampir 2 tahun tidak berbait kata di blog aku kembali lagi..huhu coretan terakhir pada Oktober 2015..huhu sepanjang 2016 aku xberkesempatan menulis 
(macam sibuk sangat kan?)

Sepanjang 2016 macam2 berlaku tetapi Alhamdulilah bagi aku apa yang terjadi sepanjang episod 2016 semua manis . Alhamdulilah rezeki aku.
Tahun 2016 bagi aku ialah tahun aku menjadi insan yang sangat kuat.. Tiada lagi air mata kepiluan menjadi bukti aku semakin kuat menerima semua ini. Sungguh ia mengambil masa yang lama tapi setiap perjalanan yang aku lalu buat aku semakin kuat untuk berdepan dengan realiti kehidupan.

Andai semua kronologi hidup aku itu tidak sebegitu mana mungkin Nor Rasinah Arifin ini menjadi sekuat ini. Rezeki aku punya org di sekeliling yang sangat baik 
(Aku insan yang sangat bertuah. Alhamdulilah)

Banyak benda nk dikongsi apa yang terjadi sepanjang 2016, post ni akan jadi agak panjang..huhu

Unexpected  rezeki ialah mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang tahun 2015 . Alhamduliah rezeki yang xdisangka tahun 2017  akan genap tahun ke-3 aku menjadi warga UniSZA dan sudah pasti APC tu menjadi pemangkin semangat untuk aku menjadi lebih kuat dan bersungguh, Cuma sejak jadi PA ni bagi aku perkembangan kerjaya aku agak slow. Semoga tahun 2017 ini kerjaya lebih berkembang dan jadi lebih baik dari sekarang. InSyaAllah.

Tahun 2016 juga my first trip ever to oversea !!!  Alhamdulilah berkesempatan menjelajah ke bumi Cambodia. Melihat budaya dan kehidupan Negara orang yang sudah pasti berbeza dengan Negara kita. Bagi aku melihat Negara Cambodia ni seolah tanah melayu tahun 70 – 80 an, keadaan ekonomi, pembangunan dan penduduknya yang masih dhaif. Sungguh buat  aku lebih menghargai kehidupan.


Bot - bot tu merupakan rumah bagi penduduk di situ dan majoriti mereka adalah saudara Islam kita.

Pandangan yang sempat diambil sebelum terbang tinggi dari bumi cambodia, Aku snap gmbar dari IG sbb fon yang ada gambar ni dah rosak. so thats my IG id.



Menjelajah pulau di negeri sendiri antara xtvt best aku sepanjang 2016 bersama kakak-kakak n anak sedara tercinta. Menghabiskan cuti dengan ke Pulau Perhentian, Terengganu merupakan antara perkara terbaik . keindahan pulau tu akan buat kita semua terpukau n akan rasa nk pergi lagi. Tempat terbaik bagi aku untuk hilangkan stress dan lupakan seketika kehidupan sebenar.






The last memorable trip for 2016 sudah pasti KOREA !!!!! Siapa sangka selama ni siang malam duk tengok citer korea akhirnya jejakkan kaki ke bumi korea. Percutian yang paling diingati dan sudah pasti setiap langkah di sana buat kita terpaku tambah lagi dengan suhu di bawah 0 darjah. InsyaAllah jika diizinkan, diberi peluang dan diberikan rezeki, Korea antara tempat yang nk pergi lagi. My Dream Come True !






Langkah – langkah aku di tahun 2016 ini tambah bermakna dengan kehadiran si comel yang mewarnai hidup seharian…huhuhu its single life !






Sungguh sepanjang 2016 hidup aku berjalan dengan indah dan  bermakna dengan kehadiran insan-insan yang memberi aku lebih erti untuk jalani hidup ini. Rezeki aku bergini setelah rezeki bersama ibu bapa ditarik, Allah telah  merancang yang terbaik untuk aku meneruskan langkah.


Tahun 2017 ni tiada yang lain aku harapkan melainkan semuanya dipermudah dan berjalan lancar, semoga insan -insan yang banyak menghulur tangan saat aku terjatuh dipermudah rezeki oleh-NYA, Semoga ukhwah yang terbina akan terus utuh tanpa sebarang sengketa. Dan  untuk mengharap jodoh muncul macam mustahil sbb bayang ke arah itu masih kabur, huhu nampak noo dah ke arah 3 series. Hanya mampu menunggu dan berdoa semoga ada rezeki ke arah itu, yang penting semoga aku lebih positif dan sentiasa kuat menghadapi segala apa yang akan berlaku hari esok.

LIST TRAVEL PLANNING 2017 :


1. Pulau Kapas - Family Gathering
2. Trip Pulau Redang@Pulau Perhentian
3. Cameron Highland
4. Langkawi
5. Kota Kinabalu
6. Bandung
7. Jepun


#semogaDipermudahkanLangkahSeterusnya
#2017
#DenganIzinNya
#meAndMySelf

Wednesday, 21 October 2015

My Life - Episod 6 : Learn, Life & Survive !


ALHAMDULILAH dengan izin-NYA genap setahun menjadi seorang pekerja, bukan lagi pelajar sekolah mahupun pelajar universiti.

Di sini aku belajar banyak perkara, dalam proses menjadikan aku manusia, manusia yang bergantung harap pada-NYA untuk terus berjuang menghadapi apa jua halangan kehidupan.
Alam pekerjaan ini juga byk mengajar kita bahawa kehidupan tidaklah seindah imaginasi, terlalu banyak onak duri yang akan mampu membuat kita terluka dan cedera, namun inilah yang menjadikan kita lebih matang dalam mengendalikan kehidupan, ragam manusia yang pelbagai karenah memang kadangkala menguji, SANGAT menguji kesabaran di jiwa.

Dari satu sudut sebenarnya sangat bersyukur kerana ditemukan dengan individu sebegini dalam melalui liku-liku kehidupan, sebab kerana merekalah kita belajar mengawal diri, kerana merekalah kita belajar macam mana nk hadapi andai berhadapan dengan makhluk sebegini yang bagi aku dalam bahasa kasarnya agak (kurang ajar + xreti bahasa).

ALHAMDULILAH, ujian-ujian yang muncul ni mematangkan minda dan hati untuk lebih sabar dan kuat. (matang ke???) aku pom konpius  dengan tahap kematangan aku ni….hahahhahha
Tahun 2015 pom semakin di penghujung, dan ini bermakna umur pom semakin ++++++ woooooo scary betul bila mengenangkan diri ini yang masih sendiri ketika ini…hahhahha OHH LIFE!!
Tahun 2015 ni jugak banyak hal yang terjadi, ada yang manis dan semestinya ada yang pahit. Situasi-situasi yang melengkapkan kronologi sebuah kehidupan sang hamba. Yang pahit tu biarlah tersimpan di jiwa sahaja, rugi taip benda yang merosakkan mood. Huahua….

Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan baik dari zaman SMAM, PANJI ALAM dan sudah semestinya UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. Semoga kalian sentiasa bahagia di samping cinta halal masing-masing, dan yang bakal menyusul tahun depan aku doakan korang dipermudahkan urusan seterusnya dan bahagia sampai syurga. IN SYA ALLAH. Doakan aku juga …hohoho
Ok lah penat dah membebel yang tah ape2.


Next post, coming soon.

#sayangSampaiSyurga
#semogaAkhirYangIndah
#waitingAndKeepWaiting

#letsALLAHdecide