Thursday, 21 June 2018

CERITERA RAYA AIDILFITRI 2018


210618 – Hari ke – 7 bulan Syawal ( Ceritera Raya Aidilfitri 2018)

 Berlalu sudah Ramadhan, Alhamdulilah dipermudahkan semua urusan sepanjang bulan Ramadhan. Cuma yang membuat hati sentiasa terkilan impian raya yang entah bila akan tercapai…ermmm

Apa pun sentiasa bersyukur dan positif, walaupun malam raya tu hanya Allah yang tahu bicara hati saat itu. Tak dapat untuk diekspresi apa yang di rasa tika itu. Tapi apa pun bila balik ke rumah tercinta a.k.a HOME SWEET SOUR HOME, sedikit terubat rasa di hati walaupun semua yang berada disekeliling itu sudah tidak seperti dulu. Sesungguhnya rasa rindu suasana dan kenangan dulu-dulu dapatlah di ubat walau secebis.

Aktiviti biasa apabila pulang ke sana sudah pasti menziarah ibu bapa, Alhamdulilah dapat juga ziarah walaupun sekejap, cukup buat hati ini tenang. Rindu yang xdapat diluah dengan kata-kata 
(Semoga Allah merahmati mereka di sana).

Tahun 2018 ni genap tahun ke -11 insan bergelar ibu pergi kepada pencipta-NYA, dan tahun ke-5 insan bergelar bapa pergi kepada pencipta-NYA. Dan sesungguhnya selepas Insan bergelar bapa itu sudah tiada maka bermulah episod aku untuk berbuka puasa seorang sahaja bersama cik Laptop yang sangat setia. Tiada lagi aktiviti berbuka beramai-ramai, bangun sahur beramai-ramai. Allah sungguh aku rindu setiap saat yang berlaku saat itu yang mungkin pada ketika tu aku xhargai pun detik yang terjadi. Sungguh setiap kali Ramadhan menjelma hati ini dikoyak bak tisu, pedih tiada yang tahu. Perginya mereka keduanya pada bulan Ramadhan :’(

Impian raya yang sudah lama diimpikan belum tercapai dan entah bila akan dapat digapai. Apa impian tu sebenarnya. Huhuhu impian yang normal je sebenarnya, the real raya macam dulu2, berkumpul semua adik beradik anak sedara di malam raya pagi raya. Tapi entahlah :’(

Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan kebahagian serta dipermudahkan semua urusan untuk seluruh ahli keluarga  dan mungkin impian raya tu dapat tercapai, InsyaAllah.
Dan semoga tahun depan tak raya sorang lagi. huhu

Semoga dipermudahkan langkah seterusnya.
Keep  Fighting !!
Keep Positive !!
Follow the flow.
Allah pasti hadirkan setiap detik dalam setiap episod tepat pada masanya.
InsyaAllah. 
Amin.


Sunday, 14 January 2018

"TROWBACK " 2017, PLANNING 2018



2018, pantas masa berlalu, tup-tup  dah masuk 14 Januari 2018. Sungguh masa amat mencemburui kita.

Sejak setahun dua ni aku perasan yang aku dah kurang meluah rasa, mengekpresi diri melalui tulisan, kekerapan menulis tu dah xselincah tahun-tahun lalu, adakah sebab hati ini tidak seperti dulu atau terlalu banyak aktiviti (banyak ke? balik kerja g kerja, layan korea. Tido) .

Tapi mungkin ini dikatakan rentak kehidupan yang seiring dengan pertambahan usia yang semakin menginjak ke dekad yang ketiga, Alhamdulilah dipanjangkan usia oleh-NYA. Boleh dikatakan apabila usia dah masuk ke dekad ketiga ni emosi semakin mampu dikawal dan mungkin kematangan itu semakin terserlah (huhauhuahua) .

Dan seiring dengan usia yang semakin ++ ini, sudah pasti persoalan berkenaan suri hati menjadi pertanyaan yang bukan asing, malah anak sedara yang sekolah rendah pon buleh tanya aku soalan ini, huahuahua betapa nya. Tapi apakah daya apabila berbicara soal ajal, rezeki dan jodoh siapa kita untuk membuat ramalan, semuanya sudah tertulis dan jika sudah sampai masanya ia akan tiba di masa dan ketika yang tepat. Dan sudah pasti hati ini seolah semakin tepu dengan yang dikatakan suri hati itu, Ntah... mungkin dia tidak akan muncul, dan kalau ada pon ntah nampak macam dialah orangnya, tapi ada ketika aku penat dan malas rasanya untuk berusaha apabila yang di sana juga tiada kata yang diucap untuk ke peringkat seterusnya atau aku je sebenarnya yang berfikir ke arah itu, entah.. ia adalah persoalan yang tiada siapa dapat mengungkap bicara mengenainya. (fuhhhh ayat !!)

Ok, berbalik kepada tahun 2017 yang semakin jauh meninggalkan kita, bukan sebab aku tidak "move on" tapi hanya mengekpresi bicara tanpa suara ini untuk tatapan aku masa hadapan. huhuhua
Sebenarnya xbanyak pon perkara yang terjadi sepanjang 2017, boleh dikatakan kehidupan aku lancar sahaja sepanjang 2017 ( Alhamdulilah) bukanlah terlalu lancar tapi boleh dikatakan Allah permudahkan langkah aku, ada sikit-sikit tersadung tu lumrah la kan.

Antara tempat best yang sempat pergi sepanjang 2017 : 
Pemandangan Bandung dari atas sebelum mendarat
Kawah Putih Bandung, Indonesia







Cameron Highland



Pulau Redang
Pulau Redang


Sudah pasti aktiviti di masa lapang aku sepanjang 2017 yang lalu
ialah melayan citer korea yang menjadi kegilaan sejak zaman uni lagi, tidak la terlalu obses cuma ini antara cara aku menghabiskan masa dan melupakan segala masalah. Antara list drama yang melekat di hati untuk ditamatkan episodnya :

Goblin
Missing Nine
Introverted Boss
Strong Women, Do Bong Soon
The liar and his lover
My secret romance
My only love, song
Strongest Deliveryman
Reunited World
School 2017
Father is Strange
Seven day queen
Reunited world
Suspicious Partner
Ruler: Master of mask
Fight for my way
The Package
Go Back couple
While you were sleeping
All kinds of daughter in law
Hospital ship
Age of youth 2
Andante

still running 2018 :
Bravo my life
Happy sisters
Black Knight
Doubtful victory
Two cops
The Jugglers
My first love

Semoga tahun 2018 aku akan lebih semangat untuk menulis entri untuk tatapan aku sendiri la.

Andai ia sebuah perjalanan yang mudah, sudah pasti semua orang akan berada di puncak 
Andai ia perjalanan yang perit, mungkin tiada orang yang mampu berada di atas 
setiap perjalanan punya cerita sendiri,
ada yang laluinya tanpa sebarang cabaran,
ada yang lalui dengan perit lelah dan akhirnya berjaya
Jangan sesekali samakan jalan cerita kita dengan yang lain.
Jalan kita berbeza, pengakhiran kita juga berbeza, 
Jangan kerana kita sudah berada di puncak kita perlekehkan yang masih dalam perjalanan kerana kita xmungkin ketahui sampai bila kita mampu berada di puncak.
Hargai dan syukuri setiap detik yang dilalui
dan semoga akan ada akhir yang indah. InsyaAllah.

10 Bucket List untuk 2018 :

1. Jadi Manusia yang lebih baik dari sebelum ni
2. Jadi lebih positif walau apa pun dugaan datang
3. Gembirakan semua orang
4.Travel ke Jepun
5.  Family Day
6. Raya yang lebih bermakna
7. Beli baju Raya
8. Simpan duit banyak2
9. Kurus???
10. Kahwin ???- InsyaAllah

Akhir sekali, Semoga dipermudahkan semua urusan aku untuk tahun 2018 ini baik dari segi amalan, kerja dan kehidupan. InsyaAllah

FIGHTING !!!!!!!!!!



Thursday, 4 January 2018

JANUARI 2018

JANUARI 2018

Alhamdulilah masih dipanjangkan usia melangkah ke tahun 2018.Byk kisah pahit, manis, gembira, sedih sepanjang tahun 2017 dan sudah pasti kenangan itu akan dibawa bersama ke tahun 2018.

Bukan sebab tidak “ move on”  tapi lebih kepada menghargai detik yang tidak akan berulang kembali. Alhamdulilah juga April 2017 lalu dapat jugak aku dipindahkan ke tempat kerja yang dekat dengan umah adik beradik. Dari satu sudut sebenarnya bagus la kan, tapi dari satu sudut juga sedih sebab hilang sudah kebebasan atau lebih pada kata “me time”.huhauhau ape pon semua sudah tertulis, ini jalan aku setakat ini. Apa pun masih merindukan suasana di tempat lama terutama ‘my makan buddies’. 

 Semoga terus dipermudahkan langkah aku seterusnya.Semoga tahun 2018 ni beri aku lebih semangat untuk terus berjuang !!! 

Keep fighting!

Keep positive!

Semoga dipermudahkan semuanya.