Wednesday, 30 May 2012

fINAL dATanG LaGi!!!



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!!!!!

Kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan
Selamat menghadapi peperiksaan akhir!!!
Maafkan diri ini andai melukai kalian dalam sedar atau tidak...
Sesungguhnya diri ini tidak sempurna.
Tetapi INSYAALLAH sedang berusaha menjadikan diri ini lebih baik dari semalam...
Kenangan sepanjang 4 semester di UUM, semestinya akan sentiasa lekat di minda ini...
Di sini kita belajar segalanya tentang kehidupan...
Di sini aku belajar banyak perkara yang tidak diajar di dalam dewan kuliah...
Banyak perkara yang terjadi sehingga hari ini, benar-benar mengajar aku erti hidup, bukan sekadar untuk diri sendiri malah untuk orang lain...
Hati-hati di sekeliling kita perlu dijaga,
Senyum biarpun sakit,
Ketawa biarpun terluka,
Tenang dalam sedih.

Segala yang terjadi menjadikan kita lebih matang di masa depan.....

Kepada semua sahabat-sahabat UUM,
 -Durrah Fatihah
 - lisa zalisa
PASTIKAN KEJAYAAN MILIK KITA KELAK!!!
INSYAALLAH(^_^)
- cik eiza
- Dayah mazlan
- ismaliyana ismail
-naimah jabar
-kunoor shazwani
-antoo kacang
-kak nurul
-ct zainon
-hazwani fairuz
-diana farlinda
 -jd Q'dieey
-kabus ribut
-mohamad Rais
=>dan semuanya, xlarat ak nk sebut semua
Terima kasih kerana kalian sudi menjadi teman kepada diri ini...
SAYANG KORANG SEMUA...
MUAAAHHHHH!!!!
Tetap bersama dalam suka dan duka....
Mendengar setiap luahan hati ini...
SEMOGA BERJAYA UNTUK KALIAN
BERJUANGLAH  SELAGI  TERDAYA
SEMOGA KEJAYAAN   MILIK  KITA.....
CHAIYOKKKKKKK!!!!!!!!!!
LOVE    U    ALL










Tuesday, 29 May 2012

semoga ini yg ku dambakan(^_^)


Aku Hanya Wanita Biasa,
Tampak Sempurna Di Luarannya,
Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang,
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku..

Dan Buat Adam Yang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak,
Ketahuilah Bahawasanya,
Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik,
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia,
Tua itu pasti menjangkau tiba..

Buat dia bakal menjadi raja di hati,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Kadangkala Ada Waktu,
Saat kerja menghambat waktu,
Aku mungkin terlalai seketika,
Maafkanlah aku,
Apabila aku alpa dengan duniawi,
Maka tegur dan bimbinglah aku..

Buat Dia Bakal Imamku,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Aku Mohon Sokongan dan Bimbingan,
Aku Mohon Pemahaman dan Pengertian,
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung,
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan,
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku..

Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu,
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku,
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa..
saya tak mengharapkan kesempurnaan dari awk..
tp cukuplah sekadar dirimu mampu menyempurnakan hidupku...

 semoga bahagia itu milik kita kelak....INSYAALLAH
4 tahun lg

Sunday, 13 May 2012

TaNpA sedAR (^_^)

Sayang manusia sering bermusim..
Sayang Tuhan janjinya pasti......

Dalam mencari erti hidup kadang-kadang kita terleka..mencari kesempurnaan yang bukan milik kita..tanpa disedari kekadang kita tersasar dari landasan...

Tanpa kita sedar  jalan hidup yang harus dilalui setiap orang adalah berbeza,

Ada insan yang bernasib baik....jalan hidupnya seperti highway..lurus tanpa jalan yang sulit,
Namun mereka tetap cenderung untuk kemalangan apabila melalui jalan yang terlalu selesa yang akhirnya memakan diri sendiri tanpa sedar.

Ada juga insan yang jalan hidupnya penuh liku, perlu lalui denai yang becak, jalan yang berliku-liku sehingga tidak dapat melihat jalan yang lurus di hadapan..
Namun kekadang insan seperti ini mereka lebih menghargai hidup kerana mereka percaya bahawa setiap  keperitan dan kesukaran yang dialami pasti ada jalan yang baik dihadapan yang mereka sendiri tidak menyedari kewujudannya.

Sebab itulah boleh dikatakan...
Hidup ni bukan sekadar ibarat roda..
Tapi seperti sebuah perjalanan yang sangat jauh dan memenatkan..
Ibarat melalui sebuah jalan yang gelap..
Untuk sampai ke destinasi terakhir kita perlu kuatkan semangat dan terus berusaha walaupun jalan itu sangat gelap dan berliku..
Dan sudah pasti kita perlukan lampu suluh untuk menyinari jalan itu agar kita tidak terus terjatuh  ke lembah atau cerun yang boleh membunuh...
SETIAP ORG MEMERLUKAN CAHAYA YANG MAMPU MENYINARI HIDUP MEREKA DARI KEGELAPAN.