Sunday, 3 March 2019

MY NEW PASSION - THE JOURNEY 2018



Tadi dah ceritera sadis dan emosi sekarang kita masuk bab yang mengujakan sedikit.
Coretan ini aku taip untuk tatapan aku masa akan datang. Tempat best aku travel untuk tahun 2018 :

- BRUNEI DARUSSALAM  
-  GUILIN, GUANGZHAO CHINA

Lets start with Brunei !!!

Sebab utama pergi Brunei, sudah pasti sebab nak travel oversea juga dan nak tempat yang dekat je. Memandangkan Indonesia dah p dan untuk Vietnam atau Thailand ada kakak aku dah pernah p dan dia xberminat sangat nk p dalam masa terdekat, jadi pilihlah Brunei.

Bila cerita kat beberapa orang kawan pejabat nak ke Brunei ni ada beberapa yang pernah pergi dan katanya xda apa yang menarik dekat sana, sekadar masjid je etc. ok dari situ aku dah macam agak kacau la mood tapi masih teruja sebab nk pergi bercuti kan, xkisah la orang ckp apa kita sekadar nk release tension, kenal tempat dan budaya orang.

First step aku di Brunei boleh katakan aku jatuh cinta dengan persekitaran dia. Mungkin sebab aku ni jiwanya suka sesuatu yang tidak serabut. Bagi aku Brunei ni memang negara yang sangat tenang, cantik, orang di sana juga sangat kaya budi bahasa dan semestinya dia agak mahal sebab RM kita xcantik. Tapi makanan di Brunei sangat murah!


Saujana Mata Memandang

Makanan beli di Pasar

Sangat terpesona dengan rekaan masjid2 di sini

River Cruise


Seriously jika ada ruang dan peluang aku akan ke sana lagi. Ia satu ruang dan peluang untuk kau tenangkan jiwa dan shopping kain pun best !!
 ...........................................................................................................

Next Guilin - Guangzhou China

 Sebab apa pilih Guilin, sebabnya kalau Beijing, shanghai tu mcm biasa sangat. Kerana kita ni seorang yang sukakan alam semulajadi, ketenangan (++ membayangkan lokasi cerita kung fu) jadi pilihanya ialah Gulin dan Guangzhou.

Langkah pertama di Guilin dari dalam flight lagi aku dah teruja tengok gunung-ganang dia yang sangat saujana mata memandang. Sangat membuat aku jatuh cinta dengan ketenangan dia. Bagi aku Guilin memang antara daerah yang sangat nyaman dan bersih dengan gunung, sungai dia yang sangat terjaga dan kebanyakkan kenderaan di sini juga menggunakan elektrik.
Waktu malam dekat Guilin pun tidak kurang meriahnya memang syok jalan pusing masuk kedai untuk shopping dan sememangnya sangat murah.
sebelum landing dah nampak gunung-gunung



The Nature of Guilin


Night life in Guilin.

Metropolitan and Hectic City of Guangzhou. 

Guangzhou pula memang berbeza dengan Guilin sebab Guangzhou ni bandar besar yang sangat sibuk dan padat. The best part dekat Guangzhou bagi aku shopping dan makan jela dan aku di Guangzhou pun dalam dua hari satu malam je. Tengah malam kedua tu dah duk tercongok di airport tunggu flight pukul 12.30 Malam.
Bagi aku kedua-dua daerah di China ni ada kelebihan masing-masing dan paling terpahat di jiwa ni sudah pasti Guilin. Sangat tenang, sejuk dan segar (huhuhu ayat)

Ok next Destination???
semoga yang manis - manis sahaja untuk 2019.







JANUARI, FEBRUARI, MAC DAN SETERUSNYA…???



3/3/2019 bulan ke 3 untuk tahun 2019 baru aku berkesempatan membuat coretan ini. Banyak hal yang terjadi untuk sepanjang tahun ini . peristiwa gembira, sedih, patah hati. Ia seolah macam tiada penghujung sentiasa berterusan perasaan yang tak best ni.  Apa yang tak best untuk tahun lepas ialah bila aku masih ulangi silap yang sama iaitu jumpa orang yang salah lagi. Huhuh

Hampir 3 bulan berlalu dan bagi aku ia seolah berlalu dengan sia-sia. Tiada kisah menarik yang berlaku sepanjang tempoh ini. Dan malas nak buat azam baru untuk tahun ni. Nampak x betapa kosong betul hidup aku. Huahuaa

Yup aku sedar dan positif setiap yang berlaku ada hikmah, akan ada akhir yang indah, etc. (all positive vibe). Tapi dalam percubaan aku untuk terus berusaha menjadi positif tu, jauh di sudut hati aku, aku seolah penat, lelah, hilang sabar menanti hikmah dan keindahan itu. Sepanjang tempoh ni semua benda sama sahaja dalam hidup aku. Bukan aku tidak usaha tapi tiada jalan untuk aku membuat usaha itu. contoh macam aku nak tanam pokok, tapi aku tak ada anak pokok pun untuk usahakan. dah cari merata tapi menjumpai tu seolah mustahil. (fuhhhh)

Yess its about JODOH. Its hard for me.

Di saat semua orang sudah mulai bertanya itu dan ini. Yesss 3 series sindrom already. Hahahha siapa sangka aku akan lalui jalan ni. Itu laaa dulu yakin sangat. Hahhhhahahha mampu ketawakan diri sendiri jela.
Aku tahu ia akan muncul pada waktu yang tepat. Dan hakikatnya pun walaupun aku dah menjangkau 3 siri (ohhh its hard tu accept the fact) Aku pun tidak yakin,  mampukah aku? Bersediakah aku? Hahahhah

Harapan aku untuk tahun 2019 ni semoga yang manis-manis sahaja yang akan muncul, baik dari sudut kerjaya, keluarga, diri aku sediri dan semoga aku terus positif dan gembira !!!

My notes :
semoga akan ada akhir yang indah 
semoga dipermudahkan langkah aku seterusnya

.....................................................................................