Tadi dah ceritera sadis dan emosi sekarang kita masuk bab
yang mengujakan sedikit.
Coretan ini aku taip untuk tatapan aku masa akan datang. Tempat
best aku travel untuk tahun 2018 :
- BRUNEI DARUSSALAM
- GUILIN, GUANGZHAO CHINA
Lets start with Brunei
!!!
Sebab utama pergi Brunei, sudah pasti sebab nak travel oversea juga dan nak tempat yang dekat
je. Memandangkan Indonesia dah p dan untuk Vietnam atau Thailand ada kakak aku
dah pernah p dan dia xberminat sangat nk p dalam masa terdekat, jadi pilihlah
Brunei.
Bila cerita kat beberapa orang kawan pejabat nak ke Brunei
ni ada beberapa yang pernah pergi dan katanya xda apa yang menarik dekat sana,
sekadar masjid je etc. ok dari situ aku dah macam agak kacau la mood tapi masih
teruja sebab nk pergi bercuti kan, xkisah la orang ckp apa kita sekadar nk
release tension, kenal tempat dan budaya orang.
First step aku di Brunei boleh katakan aku jatuh cinta
dengan persekitaran dia. Mungkin sebab aku ni jiwanya suka sesuatu yang tidak
serabut. Bagi aku Brunei ni memang negara yang sangat tenang, cantik, orang di
sana juga sangat kaya budi bahasa dan semestinya dia agak mahal sebab RM kita
xcantik. Tapi makanan di Brunei sangat murah!
![]() |
Saujana Mata Memandang |
![]() |
Makanan beli di Pasar |
![]() |
Sangat terpesona dengan rekaan masjid2 di sini |
![]() |
River Cruise |
Seriously jika ada ruang dan peluang aku akan ke sana lagi. Ia
satu ruang dan peluang untuk kau tenangkan jiwa dan shopping kain pun best !!
Next Guilin - Guangzhou
China
Sebab apa pilih
Guilin, sebabnya kalau Beijing, shanghai tu mcm biasa sangat. Kerana kita ni
seorang yang sukakan alam semulajadi, ketenangan (++ membayangkan lokasi cerita
kung fu) jadi pilihanya ialah Gulin dan Guangzhou.
Waktu malam dekat Guilin pun tidak kurang meriahnya memang
syok jalan pusing masuk kedai untuk shopping dan sememangnya sangat murah.
![]() |
sebelum landing dah nampak gunung-gunung |
![]() |
The Nature of Guilin |
![]() |
Night life in Guilin. |
![]() |
Metropolitan and Hectic City of Guangzhou. |
Guangzhou pula memang berbeza dengan Guilin sebab Guangzhou
ni bandar besar yang sangat sibuk dan padat. The best part dekat Guangzhou bagi
aku shopping dan makan jela dan aku di Guangzhou pun dalam dua hari satu malam
je. Tengah malam kedua tu dah duk tercongok di airport tunggu flight pukul
12.30 Malam.
Bagi aku kedua-dua daerah di China ni ada kelebihan
masing-masing dan paling terpahat di jiwa ni sudah pasti Guilin. Sangat tenang,
sejuk dan segar (huhuhu ayat)
Ok next Destination???
semoga yang manis - manis sahaja untuk 2019.