Wednesday, 19 December 2012

Luahan Hati Saya saaT Ini...


ALLAHHUAKBAR!!!

Tanpa sedar masa berlalu terlalu pantas...xsampai 10 hari umur anak encik arifin ni akan mencecah 23 tahun...kepada my lovely mama terima kasih kerana bersusah payah membesarkan anak yang degil ini walaupun masa kita bersama Cuma seketika tapi aku tetap bersyukur kepada ALLAH sebab aku tetap punyai peluang untuk bersama insan yang melahirkan aku walaupun hanya untuk tempoh 17tahun..sungguh ENGKAU menguji aku di saat aku amat memerlukan kekuatan... ENGKAU maha perancang segalanya dan sungguh aku bersyukur atas dugaan ini kerana aku insan yang bertuah kerana dipilih oleh ALLAH menjalani ujian segetir ini.

Ketika hidup aku dilanda badai dan taufan ENGKAU beri aku ruang dan kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi segala liku sehingga kini aku menjadi insan berjiwa kental meskipun di kala sepi aku sering menangis...menangis bukan kerana aku kalah tapi aku sedang kumpul kekuatan untuk menjadi lebih kuat...sungguh ALLAH menciptakan wanita adalah yang sebaik-baiknya kerana punyai hati selembut sutera walaupun luaran nya sangat keras..

Kini aku sudah boleh hidup sendirian walaupun adakalanya hati ini sangat kosong tanpa kasih sayang dari manusia tapi aku ttp bersyukur sbb ALLAH bagi aku berada jauh dr keluarga untuk beri aku ruang membina diri, memberi aku ruang untuk diri aku dan aku bersyukur di kala aku berada di utara ni famly aku xpyh r penat2 fikir nk letak aku kt mana..huhu masalah yang sentiasa aku alami bila balik rumah..sangat penat hadapi situasi ini untuk tempoh  5 tahun lebih ni tapi 2la realitinya hidup aku..
Terlalu banyak hati yang perlu aku jaga...

Sungguh kekadang diri ini terlalu amat penat untuk lalui semua ini tapi ada ke pilihan lain??? Apa pun aku tetap sayang mereka-mereka semua jauh di sudut hati....ayah, sungguh terlalu banyak jurang antara kita dan masa yang berlalu semakin menjauhkan kita tapi aku tetap bersyukur  dan semakin faham situasi ayah...apa pun nora ttp sayang ayah dunia akhirat sbb ayah jela yang nora ade sekarang......semoga kasih sayang keluarga kita akn tetap kukuh INSYAALLAH.....

KEPADA MY LOVELY FAMILY : Terima kasih kerana sanggup bersusah payah untuk cik sue...terima kasih kerana sudi melayan kerenah diri ini yang kekadang di luar jangkaan...ayah : terima kasih untuk kasih sayang yg xpernah ditunjukkan itu tapi nora ttp faham....mama: semoga tenang di sana, nora akan sentiasa doakan mama...

KEPADA SAHABAT-SAHABAT : TERIMA KASIH kerana sudi bersahabat dengan aku semoga ukhwah yang terbina akan kekal selamanya...aku sayang korang macam adik beradik aku...maafkan aku andai perbuatan  dan bicara aku melukan korang....sungguh aku xmampu lari dari melakukan silap....good luck utk exam semoga kejayaan milik kita semua....tahun terakhir kita di bumi sintok ni semoga memberi detik yang best utk semua....

KEPADA INSAN YANG MENGHANCURKAN HATI INI : TERIMA KASIH atas segala pengalaman yang diberi...sesungguhnya kalian menjadikan aku insan yang lebih kuat...dan semoga suatu hari kelak ALLAH akan mengurniakan jalan dan petunjuk untuk kalian...



>air mata yang keluar dikala entri ini ditulis mmbuat aku mampu melepaskan segala tekanan....NORA jwp exam elok2..jgn putus asa semoga akan ada akhir yang indah INSYAALLAH...<


Saturday, 1 December 2012

DISEMBER TERAKHIR DI SINTOK




                                                             1 disember 2012

Hari Ni Dah Masuk Bulan 12, Sekejap Je Masa Berlalu Dan inilah disember terakhir aku di uum..Rase Macam Baru Semalam Register Masuk Uum, Dan Hari Ni Dah Masuk Bulan 12, Maknanya Perjalanan Aku Di Bumi Sintok Ni Semakin Di Penghujung, Dalam 6 Bulan Lg Kot Nk Habis Then Praktikum, Adoii Bile Fikir Pasal Praktikum  Sangat Seram Rasa Nk Hadapi Seme Tu Tapi Nak Xnak Kena Lalui Jugak, Harapannya Semoga Segala Berjalan Lancar Seperti Yang Dirancang, Insyaallah Amin

Tapi Bile Diingat Seme Paper Sem Ni Dengan Sem Depan Aku Jadi Takut Jugak..Adakah Mampu Aku Tunaikan Impian Semua Orang, Aku Takut Sangat Andai Aku Xmampu, Bukan Aku Xcuba, Aku Dah Try Sedaya Mungkin Tapi Allah Lebih Mengetahui Jalan Hidup Aku, Yang Mampu Aku Buat Hanya Berdoa Dan Tawakal Setelah Segala Usaha Aku Laksanakan, Semoga Ada Bahagia Kelak, Insyaallah.

Bila Perjalanan Di Sini Semakin Di Penghujung Aku Mula Terfikir Akan Sesuatu, Mungkin Aku Mulai Menghargai Sebuah Persahabatan Yang Aku Xpernah Kecapi Dahulu, Disinilah Aku Mulai Belajar Erti Sahabat Dan Kawan
Mulai Belajar Dan Kenal Sikap Manusia Yang Pelbagai Ragam, Tapi Itulah Yang Membuatkan Hidup kita  Unik, Jika Semua Dalam Keadaan Baik Tanpa Kepahitan, Pasti Hidup Ini Tidak Ceria Dan Bermakna Bukan??

Di Bumi Sintok Ini Jugak Aku Lihat Dan Lalui Banyak Perkara Yang Kekadang Menjadikan Aku Insan Yang Khilaf, Tetapi Aku Akan Tetap Berusaha Untuk Menjadikan Diri Aku Lebih Baik Dari Sebelumnya,

SEDIA MENGHULUR TANGAN SAAT DIRI INI TERJATUH
Banyak Peristiwa Berlaku Di Sini, Dalam Bersahabat, Bercinta, Berkenalan, Pelbagai Rasa Juga Aku Alami, Sedih, Gembira, Kecewa, Cemburu, Bahagia, Kesepian...Semuanya Mematangkan Aku, Dan Membuat Aku Sedar Akan Hakikat Sebuah Kehidupan.
KORANG LAH TEMPAT SHARE DAN MELUAH SEGALA ISI HATI..

Kepada Semua Sahabat2 :
Sesungguhnya Dengan Kalian, Aku Mulai Sedar Erti Kehidupan. Terima Kasih Kerana Menerima Diri Ini Seadanya, Sungguh Aku Hanya Insan Biasa Yang Xmampu Lari Dari Silap. Dalam Diam Aku Sayang Korang Sangat2, Korang Semua Dah Macam Family Aku, Sekarang Aku Faham Kenapa Allah Bg Aku Ujian Di Rumah Dan Letak Aku Jauh Di Sintok, Sbb Allah Nk Bagi Aku Kasih Sayang Dan Perasaan Bahagia Dengan Sahabat2...Terima Kasih Tidak Terhingga, Sungguh Andai Kita Terpisah Kelak Aku Mesti Rindu Korang Sangat, Aku Akan Ingat Setiap Detik Kita Semua Bersama...
SEMOGA UKHWAH INI AKAN TETAP TERSIMPUL..

Entry ni khas utk korang semua : Durrah, Lisa, Dayah Mazlan, Niena, Zai, Wani, Diana, Farah, Naimah, Shima, Ramlah, Mijan, Ayu, Aida, Ilah, Gmah, Fiezah, Sue, Imah, Dayah sMaM, Hasmah, Elin, Haida, Shuhada, Suzie....Jedi, Rais, Shadan, Iqbal, Keri, Faris, Saiful...and for sure my Dear Azri...


cahaya ketenangan ketegasan keseriusan


NOR RASINAH..
Satu nama yang jarang di dengar..dan aku sendiri tidak pernah terjumpa lagi insan yang punyai nama seperti aku..mase sekolah rendah, masih aku ingat kekadang aku terasa malu dengan nama sendiri..kenapa??entah la..mungkin sebab aku rasa nama itu agak pelik & xpernah ada yang sama dengan aku..kekadang ada jugak kawan2 yang tanye kenapa panggil NORA? Sedangkan dalam nama aku xde pom pktaan NoRA..Jwapan aku hanya mudah sebab maa n ayah aku panggil cm 2..hahahhaa zaman kanak-kanak, bile dikenang pasti tersenyum sendiri dan air mata boleh jatuh sendiri..

Tapi bila dah semakin dewasa baru aku sedar nama NOR RASINAH itu merupakan nama yang unik, sbb xde yang sama ngn dengan aku..terima kasih kepada kakak tercinta sbb bg aku nama itu..

cahaya ketenangan,ketegasan dan seriusan..makna yg amat unik dan kekadang aku dapat rasakan makna nama ini menunjukkan peribadi aku..itulah magiknya kuasa ALLAH..setiap yang bberlaku sungguh cantik kejadiannya..

nor rasinah a.k.a nora arifin
Kini aku bangga dengan nama itu...nama yang menjadikan aku unik...sungguh dulu aku melakukan silap sebab menyalahkan tapi kini sungguh aku bangga dengannya..

P/s: terima kasih my lovely sister..