Wednesday, 28 March 2012

Sayang Persahabatan iNi

saya sayang persahabatan nii...
knape semua ni berkesudahan macam niii..adakah perlu utk terus berfikir semua ni akan berakhir ngn baik selepas niii..aduss sekarang ni xthu nk ckp apa..adakah salah diri ini...
sekarang yang mampu ak bt hanya lah bersabar..tp setiap kesabaran 2 pasti ada hadnya..
ak xthu adakah hati ini kuat utk terus bersabar..
yg mampu ak bt saat ni hanyalah berdoa semuanya akan berkesudahan baik dan semoga hati ini akan terus tabah dan tetap kuat...insyaallah..

~Jika dengan BERSABAR mampu menjernihkan keadaan, maka bersabarlah.. Jika dengan TIDAK MARAH dapat menghulurkan sebuah kemaafan, maka janganlah marah.. Jika dengan KEMAAFAN mampu mengukir sebuah senyuman, maka maafkanlah.. Jika dengan SENYUM mampu meyakinkan ukhwah dan kasih sayang, maka senyumlah..(^^,) 


terima kasih kepada sahabat-sahabat yg menerima diri ini..


saya sayang kawan-kawan saya..semoga ukhwah yang pernah terbina dan teikat kuat dulu akan tetap tersimpul mati sehingga ke penghujungnya...

sabar lah dan teruslah bersabar...mungkin ini adalah ujian dari ALLAH utk menguji sejauh manakah ketetapan hati kita dalam sebuah persahabatan...
semoga semuanya akan berakhir dengan baik....

















Monday, 26 March 2012

Sesungguhnya solat itu Tiang Agama...


5 ANUGERAH KEPADA ORANG YANG MENJAGA SOLATNYA

Adalah disebutkan di dalam hadis bahawa Allah SWT menganugerahkan lima kurnia ke atas orang yang menjaga solatnya, iaitu:

1)Dipermudahkan rezeki.
2)Diselamatkan daripada azab kubur.
3)Menerima buku amalan dengan tangan kanannya pada hari kiamat.
4)Dapat melintas titian sirat pantas seperti kilat.
5)Masuk syurga tanpa hisab.

5 AZAB BAGI ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT
Bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat, dia akan menerima lima jenis azab di dunia iaitu tiga semasa mati, tiga di dalam kubur dan tiga lagi selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini adalah :

1)Tidak dirahmati dalam kehidupan.
2)Kehilangan nur pada wajahnya (muka orang-orang yang soleh penuh dengan nur).
3)Tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
4)Doa-doa tidak di makbulkan.
5)Tidak mendapat bahagian dalam doa-doa orang yang soleh.

Azab semasa dia hendak mati pula adalah :

1)Mati dalam keadaan aib.
2)Mati kelaparan.
3)Mati dalam keadaan dahaga hinggakan air dalam laut di dunia ini tak dapat 4)menghilangkan hausnya.

Azab di dalam kubur bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat :

1)Dihimpit oleh kuburnya sendiri se hingga tulang-tulang rusuknya saling berselisihan
2)Api menyala di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya pada siang dan malam.
3)Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang sama dengan perjalanan sebulan dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seumpama bunyi guruh suaranya,“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya memukul kamu sehingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isyak, kerana melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi.

Azab selepas kebangkitan bagi orang yang meninggalkan solat pula ialah :

1)Hisabnya keras sekali (disulitkan).
2)Allah s.w.t. murka padanya.
3)Dicampakkan ke dalam api neraka.

Menurut satu hadis , bagi orang yang meninggalkan solat, akan tertulis tiga baris ayat yang berikut pada dahinya :

Wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah.
Wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah.
Kini sesallah kerana kemu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah.
p/s : sebagai peringatan untuk diri ini yang sedang berusaha memperbaiki diri dan utk sahabat2 sekalian....
moga dipermudah segalanya....Insyaallah..

Thursday, 22 March 2012

KelebiHAN sURah al-MULK


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."


8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."


9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."


10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

kau dan aku....


♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥







SEMOGA SEGALA YANG TERJADI SEKARANG ADALAH YANG TERBAIK DAN JIKA DIA ADALAH JODOHKU ERATKANLAH HUBUNGAN KAMI DAN JANGANLAH PISAHKAN KAMI....NAMUN,
JIKA DIA BUKAN JODOHKU, BERI KAMI JALAN TERBAIK AGAR TIDAK SALING MENYAKITI.....
SESUNGGUHNYA ENGAKAULAH YANG MENGETAHUI SEGALANYA...
SEMOGA DIPERMUDAH SEGALANYA..
INSYAALLAH
SEMOGA DETIK INI AKAN MENJELMA DENGAN INDAH DAN DIBERKATI....




Wednesday, 21 March 2012

~ sAbaR iTU InDaH~

SABAR...
HANYA UNGKAPAN ITU MAMPU DILAFAZ SAAT NI...
MUNGKIN AKAN ADA INSAN-INSAN YANG SEDANG MENCARI JALAN AGAR DAPAT MENJADIKAN HATI INI TETAP BERSABAR DENGAN APA JUA DUGAAN YANG MENDATANG..
NAMUN HATI INI BUKANLAH SETEGUH YANG DISANGKA...
KEKADANG NAMPAK SANGAT KUAT DAN TABAH,
TAPI DUKA LARA YANG TERPENDAM DI DALAM HATI HANYA ALLAH YANG TAHU..

MUNGKIN AKAN ADA YG BERTANYA..
MENGAPA TIDAK DILUAH SEGALA YNG TERPENDAM
NAMUN MENCARI INSAN-INSAN YANG BOLEH DIPERCAYAI BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA...MUNGKIN MERAHSIAKAN ATAU MEMENDAMKANNYA ADALAH TERBAIK...
 
KADANG-KADANG ADA SESETENGAH PERKARA..
BIARLAH HATI INI SAHAJA  YANG MENAGGUNGNYA..

SEMOGA MAMPU MENGUBATI HATI INI..

SEMOGA HATI INI AKAN TERUS TEGUH..INSYAALLAH.

Tuesday, 20 March 2012

~~Penat~~

Hari  ni berlalu dengan sangat pantas smpai xsedar hari dh petang..
adoyai....penat sesangat xtvt sbg pelajar...
Tp..
dalam penat ada seronoknya...
dalam seronok ada pengalamannya..
kdg2 result yg baik xmampu menjamin kerjaya kita..
jikalau kita juz mgadap buku saja tnpa ada sebarang xtvt yg buatkan kita
mendapat pengalaman yg xde dlm buku..
yg mmg xwujud dlm kelas....
tidurrrrr....penat ngn xtvt ari ni...huhu

penatttt......

byk lagi assgmen presentation xciap...huaaaa
semoga dipermudah segala urusanku...insyaallah aminnn...

Monday, 19 March 2012

kenapa bersedih..??

semakin hari semakin dibebani masalah yg kadang tiada penghujung..
kdg2 kita sering tertanya2 knapa semua ni trjadi..
tapi yakinlah...
di saat kita merasa diri ini diduga, masih ramai insan yg nasibnya lebih teruk dari kita..

kepada sahabat2 yg sedang bersedih, strees, dlm dilema...bersabarlah

insyaallah ALLAH akan sntiasa bersama kita.




"La Takhaf Wa La Tahzan..Innallaha Ma’ana"

“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita(^_o)








"

Sunday, 18 March 2012

Erti Hidup Ini....

Alhamdulilah...segala yg terjadi hari ini berjalan dengan lancar..
dalam xsedar...aku menyedari suatu perkara...
terlalu banyak hati yang perlu dijaga..
bukan kerana menjaga perasaan sesiapa..
tetapi sekadar menjaga hubungan sesama manusia..
hablun mina nass..
semoga dipermudah segalanya...
sahabat sejati yang  sukar ditemui...
insyaallah...aminnn

Sebuah Puisi...

sekelumit memori kenangan
abadikan di dasar lautan hati
semoga..
apabila ada ruang dan waktu..
kita bisa bertemu dalam kenangan..
jangan "GIVE UP" dalam menegakkan kebenaran
biarpun pahit..
tapi manis di sisi ALLAH..
rindu-rinduan pastikan jadi kenangan..!!!