Wednesday, 21 October 2015

My Life - Episod 6 : Learn, Life & Survive !


ALHAMDULILAH dengan izin-NYA genap setahun menjadi seorang pekerja, bukan lagi pelajar sekolah mahupun pelajar universiti.

Di sini aku belajar banyak perkara, dalam proses menjadikan aku manusia, manusia yang bergantung harap pada-NYA untuk terus berjuang menghadapi apa jua halangan kehidupan.
Alam pekerjaan ini juga byk mengajar kita bahawa kehidupan tidaklah seindah imaginasi, terlalu banyak onak duri yang akan mampu membuat kita terluka dan cedera, namun inilah yang menjadikan kita lebih matang dalam mengendalikan kehidupan, ragam manusia yang pelbagai karenah memang kadangkala menguji, SANGAT menguji kesabaran di jiwa.

Dari satu sudut sebenarnya sangat bersyukur kerana ditemukan dengan individu sebegini dalam melalui liku-liku kehidupan, sebab kerana merekalah kita belajar mengawal diri, kerana merekalah kita belajar macam mana nk hadapi andai berhadapan dengan makhluk sebegini yang bagi aku dalam bahasa kasarnya agak (kurang ajar + xreti bahasa).

ALHAMDULILAH, ujian-ujian yang muncul ni mematangkan minda dan hati untuk lebih sabar dan kuat. (matang ke???) aku pom konpius  dengan tahap kematangan aku ni….hahahhahha
Tahun 2015 pom semakin di penghujung, dan ini bermakna umur pom semakin ++++++ woooooo scary betul bila mengenangkan diri ini yang masih sendiri ketika ini…hahhahha OHH LIFE!!
Tahun 2015 ni jugak banyak hal yang terjadi, ada yang manis dan semestinya ada yang pahit. Situasi-situasi yang melengkapkan kronologi sebuah kehidupan sang hamba. Yang pahit tu biarlah tersimpan di jiwa sahaja, rugi taip benda yang merosakkan mood. Huahua….

Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan baik dari zaman SMAM, PANJI ALAM dan sudah semestinya UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. Semoga kalian sentiasa bahagia di samping cinta halal masing-masing, dan yang bakal menyusul tahun depan aku doakan korang dipermudahkan urusan seterusnya dan bahagia sampai syurga. IN SYA ALLAH. Doakan aku juga …hohoho
Ok lah penat dah membebel yang tah ape2.


Next post, coming soon.

#sayangSampaiSyurga
#semogaAkhirYangIndah
#waitingAndKeepWaiting

#letsALLAHdecide