Wednesday, 21 October 2015

My Life - Episod 6 : Learn, Life & Survive !


ALHAMDULILAH dengan izin-NYA genap setahun menjadi seorang pekerja, bukan lagi pelajar sekolah mahupun pelajar universiti.

Di sini aku belajar banyak perkara, dalam proses menjadikan aku manusia, manusia yang bergantung harap pada-NYA untuk terus berjuang menghadapi apa jua halangan kehidupan.
Alam pekerjaan ini juga byk mengajar kita bahawa kehidupan tidaklah seindah imaginasi, terlalu banyak onak duri yang akan mampu membuat kita terluka dan cedera, namun inilah yang menjadikan kita lebih matang dalam mengendalikan kehidupan, ragam manusia yang pelbagai karenah memang kadangkala menguji, SANGAT menguji kesabaran di jiwa.

Dari satu sudut sebenarnya sangat bersyukur kerana ditemukan dengan individu sebegini dalam melalui liku-liku kehidupan, sebab kerana merekalah kita belajar mengawal diri, kerana merekalah kita belajar macam mana nk hadapi andai berhadapan dengan makhluk sebegini yang bagi aku dalam bahasa kasarnya agak (kurang ajar + xreti bahasa).

ALHAMDULILAH, ujian-ujian yang muncul ni mematangkan minda dan hati untuk lebih sabar dan kuat. (matang ke???) aku pom konpius  dengan tahap kematangan aku ni….hahahhahha
Tahun 2015 pom semakin di penghujung, dan ini bermakna umur pom semakin ++++++ woooooo scary betul bila mengenangkan diri ini yang masih sendiri ketika ini…hahhahha OHH LIFE!!
Tahun 2015 ni jugak banyak hal yang terjadi, ada yang manis dan semestinya ada yang pahit. Situasi-situasi yang melengkapkan kronologi sebuah kehidupan sang hamba. Yang pahit tu biarlah tersimpan di jiwa sahaja, rugi taip benda yang merosakkan mood. Huahua….

Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan baik dari zaman SMAM, PANJI ALAM dan sudah semestinya UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. Semoga kalian sentiasa bahagia di samping cinta halal masing-masing, dan yang bakal menyusul tahun depan aku doakan korang dipermudahkan urusan seterusnya dan bahagia sampai syurga. IN SYA ALLAH. Doakan aku juga …hohoho
Ok lah penat dah membebel yang tah ape2.


Next post, coming soon.

#sayangSampaiSyurga
#semogaAkhirYangIndah
#waitingAndKeepWaiting

#letsALLAHdecide

Saturday, 20 June 2015

My Life - Episod 5 : New Beginning


Alhamdulilah

Masih diberi kesempatan oleh-NYA untuk melalui Ramadhan tahun ini...
First day puasa tanpa sesiapa di sisi
Tanpa tempat bergantung saat jatuh..
Tapi inilah kehidupan, pasti ada penghujungnya.
Ramadhan bulan untuk kita recharge kembali bateri kita yang kian kurang.
Dan bulan Ramdhan ini juga lah hati ini bagai kosong tiada terisi..
Allah berat ujian ini...pemergian hakiki ini hanya Allah yang tahu betapa pedih hati ini menanggung rasa walau luarnya...hahahha tapi tu la hidup...kita berjuang untuk terus melangkah.
Tahun ini 2015, tahun kedua syawal bakal dirai tanpa sesiapa di sisi..
Yess adik beradik ada... ramai...
Tapi.................soal hati..................

Semoga hati ini akan terus kuat untuk hari esok.
Ini bukan pengakhiran, tapi permulaan untuk aku terus melangkah.
kuatkan jiwa.
Kipidapppp!!!!!!!!!!!


#salamRamadhanSalamSyawalDariPerantau

Wednesday, 29 April 2015

My Life - Episod 4 : The Sad Ending


THE END FOR ME :(

Ohhh can’t wait for weekend!!!!
Itu status yang aku biasa update kat fesbuk bila menjelangnya hujung minggu....
Tapi kali ini kalau boleh aku harap weekend tu xakan muncul :”(
ALLAH, Sangat terasa beban berat ujian-MU kali ini.

Terpaksa melepaskan sesuatu yang dah sebati dengan dengan hidup  ni..
Tempat membesar..tempat segalanya  terjadi.....
1001 kisah pernah terjadi...

Packing barang
Kosongkan bilik
Tinggalkan semuanya di situ
Semoga diberi kekuatan utk terus melangkah.

Tiada lagi rumah
Tiada lagi kampung halaman
Tiada lagi bilik hak milik kekal
Tiada lagi HOME SWEET SOUR HOME L

Seriously this a sad ending for my life
No more Hometown

Homeless is Me :’(

::: Semoga akan ada akhir yg Indah.

Monday, 13 April 2015

my life : episod 3 : Ramadhan terakhir bersama 2014

Ramadhan terakhir bersama beliau..

Siapa sangka niat ingin pulang untuk berbuka puasa buat kali pertama bagi tahun itu berakhir dengan ending yg sangat mendukacitakan..
Perginya seorang ayah saat aku belum mampu untuk berdikari mencari kehidupan..
Perginya seorang ayah saat aku belum bergraduasi...
Perginya seorang ayah saat aku belum mampu untuk menghulurkan gaji pertama aku..
Perginya seorang ayah saat aku belum mempunyai pendamping hidup yang akan menggantikan ayah..
AYAH..

11 Julai 2014, Ramadhan terakhir kite bersama..
Sungguh berat menatap pemergianmu secara hakiki...
Namun inilah kronologi yang Allah telah tentukan.

Sudah hampir setahun berlalu, baru berpeluang untuk menitipkan bicara tanpa suara ini :

11 Julai, perginya si ayah dalam keadaan penuh tenang sebelum berkumandannya azan untuk berbuka puasa di hari jumaat penuh indah..
Allah sakitnya hanya DIA yang mengerti saat melihat tubuh yang terbaring kaku itu tiada lagi bernyawa...

Tangisan kesakitan melihat pemergian sang ayah yang dalam diamnya menjaga diri ini..

AYAH..
Terlalu banyak janji yang ayah xtepati..
Mana janji ayah nk hadir konvo..
Mana janji ayah nk bt majlis kawin..
Perginya Ayah saat aku masih belum mampu memulakan langkah..
Ayah pergi sebelum aku mampu untuk berbakti..
Allah...Berat ujian ini...
Tapi aku percaya bahawa ini adalah kronologi hidup NOR RASINAH ARIFIN.
MATI ITU PASTI...

Terlalu banyak kisah yang menghancurkan hati ini sepanjang 2014
Di saat saya perlukan pendokong.. awk hilang dari radar...
Tanpa alasan awk hilang membiarkan saya terkapai2...
Marah?? Tak ada gunanya...sbb ia tidak akan mengubah apa2..yang ada Cuma rasa terkilan..terkilan kerana awk lupa janji yang pernah awk lafazkan...
Terkilan kerana awk..
Kecewa kerana awk..
Sedih kerana awk..
Namun sy kecapi bahagia kerana awak
Saya gembira kerana awak...
Terima kasih Mohamad  Azri Ismail untuk cinta sementara itu
Semoga awak bahagia bersama pilihan yang telah awk tetapkan..

WELCOME MY NEW FUTURE.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi..
Kronologi ini telah disusun indah oleh-NYA
Semoga akhir yang Indah

Al-Fatihah buat mama & ayah
Semoga tenang di sana...

Jika diizinkan-NYA pasti kita bersatu kembali di tempat asal kita.
SAYANG AYAH &MOM SANGAT

It’s hurt for me..
But life must go on..
Keep positive!
Keep Moving!

And Don’t forget to PRAYER!